Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 8)

15 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-8 ini bertujuan untuk menggalakkan peserta untuk membuat Belgian Almond Choc Chip Cookies.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Terlebih dahulu, Cikgu Ros menerangkan kepada peserta tentang kelas pada minggu hadapan iaitu kelas gabungan selama 2 jam mengenai pembuatan red velvet soft cookies. Untuk itu, Cikgu Ros telah memesan kepada para peserta untuk membawa bahan-bahan mentah bagi pembuatan red velvet soft cookies.

Dalam kelas minggu ini, Cikgu Ros telah membimbing peserta langkah demi langkah untuk membuat Belgian almond choc chip cookies berdasarkan bahan-bahan mentah yang dibawa sendiri oleh peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali